
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian tulang retak setelah 2 tahun
Saya wanita berusia 20-an. Pada tahun 2019 saya kemalangan dan telah rujuk pada doctor kerana tulang kering kaki saya sakit. Doctor mengesahkan tulang saya sedikit calar seperti retak kecil. Kemudian pada Bulan ini, saya asik Rasa sakit pada tempat retak walaupun saya sedang berehat. Ia terasa sakit bila disentuh dan bila tidak disentuh. Apa yang perlu saya lakukan ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan mengenai kondisi anda, rasa sakit yang dialami boleh berpunca daripada masalah pada tulang, otot atau saraf pada kaki anda. Anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan susulan seperti pemeriksaan radiologi (xray). Hal ini kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan terperinci adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih