
hyayusuf
5 tahun
Sakit dibawah perut sebelah kiri ketika kencing
Saya lelaki berumur 15 tahun. Saya mengalami sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri ketika kencing. Sudah 3 hari saya mengalami sakit tersebut. Pada 26/6 lalu, saya menjalani pembedahan “Appendix”. Adakah sakit saya ketika kencing terkesan daripada pembedahan tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri ketika kencing boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada saluran air kencing/pundi kencing
- Keradangan luka jahitan pembedahan
- Jangkitan pada luka pembedahan
- Luka dalaman dari pembedahan tersebut
- Batu karang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.