
Sulit
3 tahun
Sakit dikerongkong yang menyebabkan tak boleh makan dan minum
saya mengalami satu simptom yang mana saya tak boleh makan atau minum dan juga sendawa yang akan menyebab kan kerongkong saya sakit dan bila saya pegang pada bahagian tersebut agak sakit. tempat sakit tersebut berada ni antara bawah halkum saya agk terkejut ini merupakn pertama kali

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kanser: Sakit yang kronik ketika telan adalah tanda awal bagi kanser esofagus. Risiko kanser esophagus mungkin terjadi akibat daripada merokok dalam jangka masa yang panjang, penyalahgunaan alkohol, atau pedih ulu hati yang berterusan. Ia juga boleh dikaitkan dengan keturunan.
- Jangkitan Candida: Keadaan ini adalah jangkitan kulat (yis) yang mungkin berlaku di dalam mulut anda. Ia boleh merebak dan menyebabkan gejala sakit ketika telan air liur.
- Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD): Keadaan ini terbentuk daripada injap rendah di esofagus yang tidak tertutup dengan betul. Akibatnya, asid perut boleh kembali ke esofagus. Anda mungkin mengalami GERD jika anda mengalami sakit tekak dan pedih ulu hati atau sakit dada selepas makan.
- HIV: Masalah esofagus sering berlaku kepada pesakit HIV. Jangkitan Candida adalah punca yang paling biasa terjadi. Kadang-kala ubat antiretroviral digunakan untuk merawat HIV boleh menyebabkan refluks asid terjadi sekali gus mengakibatkan ‘odynophagia’.
- Ulser: Luka di dalam mulut, tekak, atau esofagus, serta perut anda mungkin juga disebabkan oleh GERD kronik yang tidak dirawat. Penggunaan ubat-ubatan anti-radang dalam jangka masa yang panjang seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB) menyumbang kepada risiko ulser.
- Keradangan mulut, tekak, atau esophagus akibat daripada tonsilitis, pharyngitis, laringitis, atau esophagitis.
- Tembakau, alkohol atau ubat-ubatan boleh menjejaskan keadaan mulut, tekak, dan esofagus, membuatkan sakit tekak ketika menelan.
- Minum minuman yang sangat panas atau sejuk untuk jangka masa yang lama boleh menjejaskan lapisan perlindungan esofagus.
- Komplikasi rawatan perubatan seperti terapi radiasi untuk kanser dan sesetengah ubat preskripsi juga boleh mengakibatkan kesakitan tekak ketika menelan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor