
Sulit
4 tahun
Sakit gigi apabila buka mulut
Sya remaja berumur 21 tahun mengalami sakit gigi apabila membuka mulut. Contohnya bila makan,suapan pertama gigi saya sakit tapi bila suapan ke 3,4 dan seterusnya sakit itu hilang. Benda ini berlaku apa bila saya buka mulut untuk pertama kali sahaja, tpi bila saya ulang2 membuka mulut kesakitan itu hilang

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan lebih lanjut diperlukan sebelum kami boleh membuat kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, sakit gigi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara, seperti:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan proses makan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.