
Anonymous
5 tahun
Sakit gigi berlubang
Salam, saya seorg wanita berumur dlm 20 -an… Saya bru saja lps bersalin dlm sebulan yg lps dan skrg ni saya mengalami sakit gigi yg agk kuat… saya sudah ke klinik gigi , dan dktr gigi telah tampal gigi berlubng yg sakit tu dgn ubat dulu dan perlu dtg seminggu kemudian utk cek gigi saya semula, dan 3hari sudah berlalu… gigi saya masih rasa sakit denyut2 dan pipi saya bengkak… jika cukup seminggu rawatan tampalan gigi saya terima ini tidak menghilangkn rasa sakit , apa rawatan seterusnya yg saya kena buat?? Boleh ke saya cabut je terus?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap radang gusi atau gingivitis. Radang gusi merupakan sejenis keradangan pada gigi, gusi dan struktur sekitarnya. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh dari jangkitan kuman merebak di gusi dan gigi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.