Sulit
2 tahun
Sakit gigi bila buka mulut
Saya rmaja 20an mengalami sakit gigi apabila saya buka mulut. Contohnya, apabila waktu makan tengahari, saya buka mulut untuk kali pertama gigi sakit tpi bila saya buka mulut untuk yang ke 4 - 5 kali sakit itu hilang. Dan apabila masa makan malam pula benda tersebut berulang2
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan lebih lanjut diperlukan sebelum kami boleh membuat kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, sakit gigi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara, seperti:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan proses makan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.