
Sulit
3 tahun
Sakit gigi, boleh cucuk vaksin?
SALAM DAN HAI,.SAYA BARU 2 HARI MENGALAMI SAKIT GIGI TETAPI BELUM CONSULT DENGAN DOKTOR HANYA MAKAN UBAT TAHAN SAKIT SAHAJA. TARIKH CUCUK SAYA ADALAH PADA 6/7/21 IAITU ESOK HARI. BAGAIMANA SEKIRANYA JIKA SAYA MAKAN UBAT TAHAN SAKIT GIGI DULU DAN AMBIL VAKSIN? BOLEH KE? ATAU SAYA TIDAK PERLU MENGAMBILNYA TERLEBIH DAHULU DAN TERUSKAN DENGAN CUCUK VAKSIN SAYA? MOHON NASIHAT.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penerimaan vaksin covid-19 dan saki gigi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pemberian vaksin tidak mempengaruhi rawatan pergigian anda serta pengambilan ubat tahan sakit. Anda boleh merujuk kepada doktor gigi anda untuk kepastian sekiranya anda masih ragu-ragu.
Vaksin adalah bertujuan melindungi anda, bukan membahayakan anda. Aktiviti harian anda boleh dilakukan seperti biasa. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau dan jangan mempercayai berita atau fakta dari sumber tidak sah.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini