
Sulit
5 tahun
Sakit gigi dan diebetes
Hi, saya lelaki berusia 26 tahun, saya kali pertama melakukan tes darah untuk diebetes pada umur 22 tahun dan bacaan 17…means saya ada diebetes, tahun ini saya sudah 4 tahun mengetahui saya ada diebetes namun saya tidak mendapatkan rawatan.
Sekarang oral saya kerap mengalami masalah seperti sluruh gusi saya bengkak dan kerap sakit, gigi graham saya gusinya lebam dan sekarang seperti sedikit bernanah,
Adakah diebetes dapat merosakkan gusi ??
Apakah langkah yang patut saya ambil,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing manis ini boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit gigi dan gusi akibat masalah saluran darah ke gusi atau jangkitan kuman (akibat sistem imun lemah akibat diabetes). Selain itu, diabetes juga boleh menjadi faktor kepada:
- Serangan dan sakit jantung
- Strok
- Kebas dan sakit kaki - boleh menyebabkan kaki dipotong
- Sistem imun lemah - menyebabkan mudah dijangkiti penyakit
- Masalah mata - seperti glaukoma dan buta
Anda dinasihatkan untuk melakukan sekali lagi ujian diabetes dan menjalani rawatan diabetes segera sebelum penyakit ini memberikan kesan yang lebih buruk. Diabetes adalah penyakit yang diam, dimana seseorang itu jarang merasai simptomnya dan kebanyakkannya adalah dikesan melalui ujian darah. Selain pengambilan ubat yang disyorkan oleh doktor, senaman dan penjagaan makanan juga adalah penting bagi mengawal bacaan gula dalam darah. Sekian.