
Sulit
4 tahun
Sakit gigi dan gusi susah tidur
anak saya umur 4 tahun…dia sakit gigi…susah tidur.rr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk mengetahui puncanya, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi supaya pemeriksaan dapat dibuat. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda terdapat beberapa sebab mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan pada akar gusi
- Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
- Jangkitan pada bahagian gusi ( gingivitis )
- Teknik berus gigi yang salah atau memberus dengan kasar
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian. Saranan kami adalah anak anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan kerana jika dibiarkan, akar gigi anak anda boleh rosak dan mudah untuk mendapat jangkitan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Berikut antara perkara yang anak anda boleh lakukan sementara menunggu untuk berjumpa dengan doktor:
- Menggunakan ubat tahan sakit topikal (gel)
- Berkumur menggunakan air garam
- Elakkan dari mengunyah di bahagian yang sakit
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung. Terima kasih.