
Sulit
5 tahun
Sakit gigi dan rahang
Sy nak tanya,sy ada mencabut gigi bongsu bawah minggu lepas.selepas cabut,bukaan mulut sy jadi ketat atau terhad…dekat tempat yg cabut tu rs sakit bila saya buka mulut luas,normal kah??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan tamat ubat bius
- “Kesakitan rujukan”- kesan kerensangan saraf gigi yang membawa sampai ke rahang
- Bengkak gusi - akibat prosedur mencabut gigi bongsu
- Jangkitan kuman selepas prosedur cabut gigi
- Jangkitan tetanus - sekiranya berlarutan dan tidak boleh langsung membuka mulut
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.