
Sulit
4 tahun
Sakit gigi di bahagian kiri dan kerongkong kiri
Hallo doct. Nak tanya , saya sering alami sakit gigi di gigi kiri & 4 hari berturut saya dah alami sakit gigi di bahagian kiri , sakit pipi di bahagian kiri & kerongkong kiri saya pun sakit. Nak buka mulut pun susah , saya nak telan & makan pun sakit. Kenapa ya? Selalu terjadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit gigi memerlukan pemeriksaan oleh doktor gigi untuk mengetahui rawatan yang diperlukan oleh pesakit kerana gejala yang dihadapi pesakit, kawasan gigi yang terjejas dan pelbagai faktor lain akan mempengaruhi pilihan rawatan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Hal ini kerana bidang pergigian adalah berbeza dengan bidang perubata,
Selain itu, untuk masalah sakit tekak, ianya boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.