
Sulit
4 tahun
Sakit Gigi gerahamHingga kepala
Saya perempuan berusia 17 tahun , saya berasa sakit gigi geraham belah kanan dan tonsil kanan saya membengkak , rasa sakit untuk menelan. Rasa sakit pada gigi geraham ini sampai ke telinga dan kepala . Di tepi gusi gigi geraham saya tumbuh biji kecil bernanah . Biji tersebut surut kemudian kembali.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses digigi
- gigi mereput
- fraktur gigi
- jangkitan gusi
Kami tidak mempunyai kepakaran daripada segi pergigian. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.