
wongmenghwa
5 tahun
Sakit gigi lalu telinga terasa sakit dan berdengung
saya wanita 47 tahun sakit gigi pangkal sehingga terasa telinga sakit dan berdengung apa ubat yg sy perlu ambil atau jumpa doktor biasa atau pakar telinga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor gigi terlebih dahulu kerana masalah pergigian juga boleh mengakibatkan telinga terkesan. Bincang dahulu dengan mereka berkenaan permsalahan anda ini.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.