
Sulit
5 tahun
Sakit gusi dan berdarah
Saya sejak kecil lagi takda masalah gigi rosak.Tetapi pada usia sekarang, 21 tahun, saya kerap sakit gusi sampai berdarah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala gusi berdarah dan sakit boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kecederaan ketika memberus gigi
- Jangkitan gigi/gusi
- Kekurangan vitamin serta nutrisi
- Kesan dari ulser seperti jangkitan virus EBV
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.