Anonymous
6 tahun
Sakit gusi selepas cabut gigi
Hi doktor…saya wanita berusia 28 tahun…saya ada masalah sakit gusi selepas cabut gigi pada hari selasa 22.7.19…saya beranggapan sakit itu mungkin benda biasa setelah mencabut gigi dan hanya sehari dua.tapi saya masih merasa sakit…apa yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada keluhan anda, sebaiknya anda melakukan kunjungan ulang ke doktor gigi anda agar dapat diperiksa lagi dan diberikan perawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























