
Sulit
2 tahun
Sakit hhg kiri perut,buang air bsar,pedih perut,berbunyi,sakit blkg ,rasa susah bernafas
Umur 54 thn,berat 65,almi gastrik 3 minngu dah,ambil ubat di klinik kerjaan,dok bg ubat putih mtm,utk seminggu…
Ubat dah hanis perut pedih n bunyi,mkn krg selera,minum susu tpg. Masih rasa xleh nak nyawa n sakit blkg,letih,xbermaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak.
Jika rawatan yang doktor beri berkesan, seharusnya sakit perut anda semakin berkurangan. Namun, jika ia masih berlanjutan, dikhuatiri terdapat punca lain yang menyebabkan sakit perut anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.