
Sulit
4 tahun
Sakit hidung secara tiba-tiba
Akhir akhir ni, saya kerap sakit hidung tiba-tiba. Sampai kan Kadang-kadang sampai kena flu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, informasi lebih lanjut perlu diketahui bagi kami untuk memberi jawapan yang tepat. Banyak informasi mengenai sejarah kesihatan harus ditanya lebih lanjut. Jawapan yang diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, sakit hidung boleh disebabkan beberapa perkara:
- Jangkitan kuman
- Alahan pada ruang hidung atau sinus
- Keradangan vestibule dalam hidung.
- Keradangan sinus (Sinusitis)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai gejala yang anda alami. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.