
Sulit
3 tahun
Sakit itu datang bila terlampau byk buat kerja dan berdiri terlalu lama
Saya wanita umur 21 thn perut sakit,loyal bdn berpeluh sejuk tangan dan kaki menggigil percakapan tidak jelas mata menjadi kabur

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan darah rendah
- Kekurangan gula dalam badan
- Anemia
- Anxiety
- Masalah tiroid: Hiper atau hipotiroid
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.