Anonymous

6 tahun

Sakit jantung atau masalah lain?

Ayah saya mempunyai sakit jantung pada bulan april yang lalu. Sudah membuat rawatan dan didapati satu saluran tersumbat oleh kerana kolestrol. Doktor di hospital ada memberitahu bahawa ayah saya mempunyai lagi satu saluran yang tersumbat tetapi tidak teruk seperti saluran yang lagi satu. Oleh itu, doktor tidak membuat rawatan pada saluran tersebut.

Sebelum saya mulakan, bacaan BP ayah saya adalah normal seperti 120 ke atas tetapi jarang melebihi 130. Dan bacaan bawahnya pula 70-85. Manakala, bacaan gulanya pula adalah 6.2-8. Ye, ayah saya baru mengambil ubat darah tinggi,kencing manis,kolestrol dan ubat cair darah. Baik, selepas membuat rawatan pada bulan may yang lepas, ayah saya kembali sihat seperti sediakala. Namun begitu, ayah saya ada memberitahu kepada ibu dan saya bahawa dia merasakan seperti sakit dada di sebelah kiri. Saya tidak pasti bahawa sakit tersebut di tempat doktor di hospital membuat stant ataupun tidak. Katanya lagi, sakit tersebut sering kali hadir setiap lima ke sepuluh minit sekali. Ianya seperti berdenyut, menekan dada, dan kadang kala ada juga seperti mencucuk. Tetapi tidak ada simptom seperti berpeluh di dahi atau simptom-simptom lain contohnya mual atau pitam. Tambahnya lagi, dia ada sakit di bahagian bahu kanan dan sakit di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Ayah saya pernah pergi ke reflexology. Kata orang di sana, ayah saya mempunyai angin yang banyak pada belikat dan masalah di pankreas.

Dengan itu , boleh saya tahu apakah ini normal atau ada masalah lain ?

Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berkenaan dengan gejala sakit dada yang ayah anda hadapi, adalah amat disarankan agar ayah anda dirujuk kembali kepada doktor yang merawatnya Terdapat kemungkinan sakit tersebut berpunca daripada masalah jantung atau boleh juga disebabkan oleh masalah dari organ sekitarnya seperti paru-paru, perut dan otot dada.

Namun disebabkan ayah anda mempunyai risiko yang tinggi untuk sakit jantung, amatlah disarankan agar beliau segera dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sila klik pada link di bawahuntuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)