
Sulit
4 tahun
Sakit jantung iskemia, gout, darah tinggi and etc
saya berusia 45 tahun, saya tidak merokok tetapi saya menghidap sakit jantung, sangat susah untuk saya menerima kenyataan ini, saya juga telah mula makan ubat2 yg berkaitan dengan penyakit saya… tetapi emosi saya berubah seperti selalu stress, cepat berasa marah dan kerap rasa down… kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit jantung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tekanan Darah Tinggi boleh melemahkan dinding arteri sehingga menyebabkan ia lebih terdedah terhadap pembentukan plak yang menyempitkan saluran darah.
Kadar kolesterol yang terlalu tinggi boleh menyumbang kepada penyakit vaskular.
Usia & Jantina juga memainkan peranan penting. Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung berbanding wanita. Ingat, semakin meningkat umur seseorang itu, semakin tinggi risiko untuk mengalami penyakit ini.
Sejarah penyakit jantung dalam keluarga boleh menjadi faktor anda berisiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya ini.
Gaya hidup yang tidak teratur seperti merokok, diet tidak sihat, dan tidak bersenam boleh meningkatkan peluang serangan jantung.
Mengenai perubahan emosi, ia mungkin berkait dengan banyak hal. Namun untuk mendapatkan kepastian yang tepat, disarankan untuk merujuk doktor di pusat kesihatan yang terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!