
Sulit
4 tahun
Sakit kaki Dan lutut
Sya 16 Thun,sukan Tak main sgt tapi sy pernah join taekwondo,Thun lepas Tak silap ada org ter kick sy punya lutut,sakit jugak lah,so after that Saya rasa sakit bhgian lutut ,dia dtg sekejap ii je,pastu sy biarkan tanpa mengambil ubat dan rawatan,n then,Thun ni,lately ni,DİA dtg sakit yg teramat pada lutut saya,sampai satu hari tu,semua bdan tak bermaya,saya risau jugak,tapi sy Tak ambik rawatan pon,malah ubat,so sy nak tnya doktor knp eh,DİA kadang dtg sekejap ii sbb tu sy tak kisah,tapi skrg ni,always lenguh ii ,lesu,Tak sedap lah

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- Kecederaan ligamen (ACL, PCL, MCL)
- Kecederaan tulang patella (patah, retak dsb)
- Kecederaan pada otot (tisu terkoyak dan sebagainya)
- Keradangan sendi lutut (osteoarthritis)
- Jangkitan (osteomyelitis)
- Kanser tulang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit lutut merangkumi pelbagai organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar tulang (Orthopedik) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.