
Sulit
4 tahun
Sakit Kaki Sebelah Kanan; Lenguh
Hi, I am 23 years old and I’m having my period right now. Saya mula lenguh berlebihan di kaki sebelah kanan. Ini hari ke 5 period kaki saya masih lenguh dan yang pelik ialah apabila saya buang air besar hari ini sakit di bahagian kaki kanan dan pinggang sebelah kanan terasa. Ini pertama kali terjadi dan saya agak bimbang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Kami memahami akan kegusaran anda berkenaan dengan masalah sakit kaki sebelah kanan dan lenguh. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom tersebut. Antaranya:
- Radang Appendik
- Batu Karang
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf tunjang
- Trauma pada bahagian pinggang dan kaki
- Jangkitan pundi kencing
- Radang usus
Bagi wanita, masalah ini boleh berpunca daripada permasalahan yang berkaitan dengan sakit puan seperti:
- Kista ovari
- Kandungan ektopik
- Jangkitan rahim, saluran kencing
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom berikut:
- Demam
- Muntah
- Kebas pada kaki
- Sakit yang berpanjangan melebihi 2 minggu
Untuk meengetahui lebih lanjut berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, sila bercakap dengan (DoctorOnCall) untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.