
Anonymous
6 tahun
Sakit kencing berbulan²
Asslm saya brumur 19 tahun , mengalami sakit kencing dari tahun lepas , kerap sakit kencing berbulan² , sudah makan ubat hospital pon tetap tiap2 bulan sakit kencing datang , hospital pon sudah tapi hasil tetap sama .Camne ye doktor?

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai punca masalah ketika kencing. Simptom kerap kencing dan sakit selalunya boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, pundi kecing atau buah pinggang atau jangkitan penyakit kelamin. Namun begitu, sesetengah perkara seperti pengambilan minuman bekafin, alkohol atau masalah “urinary incontinence”, “overactive bladder” dan juga penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah kerap kencing. Bagi sesetengah pesakit, kemalangan, kecederaan, postur yang tidak betul serta kerap mengangkat barang berat boleh menyebabkan masalah kepada pundi dan saluran kencing.
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah di link ini untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.