
Sulit
5 tahun
Sakit kepala akibat tertekan dengan keadaan sekeliling
saya wanita berumur 20an. sudah berkahwin dan mempuyai 3 orang anak (twin girl and 1 boy ) sejak kebelakangan ni saya sering memarahi anak anak saya ,saya kerap fikir yang bukan bukan contohnya nk bunuh diri atau mencederakan diri saya .kadang kadang tu saya jadi stress bila dengar anak anak saya menangis .saya cuba bagitahu suami saya ,tapi saya takut suami saya akan marah saya balik .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- reaksi stress
- postpartum depression yaitu kemurungan setelah melahirkan
- akibat trauma mental seperti penderaan
- masalah pemakanan contohnya anorexia
- kemurungan
- akibat ubatan
Berdasarkan simptom simptom yang anda alami ia berkemungkinan besar adalah masalah psikatrik. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan berkongsi masalah bersama ahli keluarga dan teman, tenangkan fikiran dan jika masalah ini berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan pakar dalam bidang psikiatri untuk rawatan yang selanjutnya.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan mendapat rujukan untuk menemui doktor pakar, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.