
iminkamin
4 tahun
Sakit kepala Bahagian Atas telinga ke belakang disertai penglihatan kapur
Saya min, berumur 30-an. Sejak 3 minggu ini saya sering mengalami masalah sakit kepala iaitu berdenyut-denyut sedikit, tetapi bukan macam sakit melampau, kadang-kadang Ada sakit tersebut, Rasa nak muntah tidak ada. Apabila sakit tersebut berlaku penglihatan saya menjadi kabur (jarak jauh menjadi kurang jelas) dan kekal sehingga ke hari ini, tetapi bila sakit kepala reda penglihatan normal macam biasa kadang-kadang. Saya buat test darah, kandungan gula normal, dan lain normal Kecuali kolestrol 5.8 yang terkini. Saya telah mengambil ubat untuk mengawal kolestrol -Astrovastatin 40mg atas saranan Dr.
Mohon penjelasan dan pencerahan, Adakah saya mempunyai symptom dibahagian kepala?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Oleh itu, anda dinasihati agar:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya