
Sulit
3 tahun
Sakit kepala bahagian atas ,tepi dan belakang,mata rasa tidak selesa
Saya lelaki berumur 22thn mengalami sakit kepala (tidak selesa)berlarutan di bahagian atas ,tepi dan belakang. Saya juga mengalami rasa mual dan mata rasa terganggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah sakit kepala anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kuster
- Jangkitan otak (meningitis, encephalitis dll)
- Masalah saluran darah otak
- Tumor
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.