
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala bahagian belakang dan kiri kepala
saya remaja berusia 18 tahun,saya sering memgalami sakit kepala bahagian belakang dan kiri kepala selepas minum air teh susu,saya juga pernah pergi hospital tapi saya tetap sakit hingga doktor tak tahu saya sakit apa…saya buat ujian darah dan keputusannya baik…selepas itu saya langsunh sihat,beberapa hari lepas tu kepala saya sakit semula sampai sekarang,saya rasa saya sakit kepala apabila saya minum air teh susu sahaja,saya cuba untuk berhenti daripada minum air itu,lalu saya tak sakit lagi…dan adakah saya sakit kepala ini berpunca daripada air teh susu tersebut?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Menurut pertanyaan anda, jarang terdapat perhubungan antara teh susu dan sakit kepala. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana sesetengah makanan boleh menyebabkan sakit kepala. Buat masa ini, anda disarankan untuk mengelakkan apa apa makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala. Jika masalah anda berterusan untuk masa yang lama, anda dinasihati untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!