
faizal_klb
6 tahun
Sakit kepala bahagian kanan dan leher
Hai doktor…sy ingin tahu…saya telah mengalami sakit kepala berlarutan hampir 2 minggu… skala kesakitan saya 4/10…menimbulkan rasa tidak selesa namun tidaklah terlalu sakit tetapi on/off…saya nk tahu adakah gigi berlubang dan sakit gg menjadi punca?utk info saya tiada mslh darah tinggi atau sejarah migrain sblm ini…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan jangkitan pada gigi berlubang
- Sakit kepala tegang - akibat stres atau sakit
- Migrain - pencetus seperti makanan coklat, keju dan minuman berkafein
- Jangkitan dalam telinga
- Ketegangan otot leher - menyebabkan rasa sakit kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.