
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala,batuk,kahak,selsema
selamat petang doctor, saya diyana umur 32tahun. sejak 3 minggu ni saya kerap demam on off,selsema kerap dan kahak non stop dalam 3 minggu ni. sakit kepala sudah jadi kebiasaan. paling terkesan bila saya nak solat,bila saya tundukkn kepala sakit berdenyut2 sebelah kanan kepala saya (atas mata kanan). dalam tempoh 3 minggu ni sudah 2 kali saya jumpa doctor tapi sakit kepala saya tetap tidak surut. untuk pengetahuan doctor dalam tahun ni saya kerap sakit seperti demam on off, selsema yang berpanjangan dan sakit kepala yang berterusan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya sakit kepala terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Oleh sebab anda mempunyai simptom seperti demam yang berpanjangan hal ini boleh berkemungkinan demam denggi juga.Adalah amat disarankan anda untuk mendapatkan pendapat doktor untuk rawatan yang selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.