Sulit

3 tahun

Sakit kepala berat hingga tak boleh nak tunduk

Saya wanita berusia 22 tahun.saya juga mengidap sinusitis dan gastrik.saya sering sakit kepala tegang dikawasan muka iaitu didahi,mata dan kening.Setiap kali sakit kepala berlaku saya juga akan muntah dan sakit kepala mula beansur pulih .Adakah keadaan saya normal disebabkan sinus??Adakah dengan pengambilan makanan tambahan (supplement) boleh membantu saya untuk menyembuhkan penyakit sinus dan gastrik??

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, masalah sakit kepala tegang pada kawasan dahi, mata dan kening mungkin boleh berkait dengan penyakit sinusitis dan gastrik yang anda hadapi sebelum ini ataupun tidak.
Untuk makluman anda, kemungkinan sakit kepala tegang yang anda perihalkan tersebut adalah berpunca daripada keradangan sinus ataupun Sinusitis yang anda hadapi. Sekiranya anda sangkakan ia telah pulih, ia mungkin datang kembali ataupun mungkin ia belum pulih sepenuhnya.
Perkara ini dikenali sebagai Sinus Headache.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kemungkinan bahawa sakit kepala anda adalah disebabkan oleh Migrain yang tidak melibatkan sinusitis. Ini adalah kerana penyakit Sinus Headache dan Migraine adalah perkara yang berbeza, tetapi mengeluarkan simptom yang sama iaitu sakit kepala pada dahi, mata dan kening, serta hidung tersumbat dan pengeluaran hingus berlebihan. Penyakit migrain ini bukan sahaja menyebabkan sakit kepala, namun ia akan mengganggu pengsarafan pada ruangan hidung yang boleh menyebabkan pengeluaran hingus tanpa sebab.
Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti sekiranya anda mempunyai jangkitan sinus ataupun migrain. Migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti gangguan stress, tabiat pemakanan yang tidak sihat, kurang senaman, serta tekanan darah tinggi.

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Akhir kata, gejala muntah ini dikatakan boleh disebabkan oleh sakit kepala tersebut. Namun pada masa yang sama ia akan melegakan sakit kepala anda yang boleh dikaitkan dengan beberapa teori yang berbeza mengenai perkara tersebut. Selain itu, terdapat juga sesetengah pakar yang mengatakan bahawa jika sakit kepala seseorang itu dilegakan dengan muntah, maka sakit kepala tersebut adalah disebabkan Migraine.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

bf58db0e-a495-4738-bbe6-cdb6cfb167a6

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)