
Sulit
4 tahun
Sakit kepala berdenyut denyut di sebelah kanan apabila bangun daripada baring atau duduk. Terjadi sejak saya demam. Apa punca dia?
Saya wanita berumur 21 tahun. 5 hari yang lalu saya demam. Sejak daripada hari pertama saya demam, saya sentiasa sakit kepala sehingga berdenyut apabila saya bangun daripada duduk dan baring. Demam saya dah baik. Tapi sakit kepala saya masih lagi ada. Sebelum ni saya x pernah sakit kepala macam ni. Kenapa saya jadi sakit kepala mcm ni? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera fan terima kasih untuk soalan anda.
Sakit kepala mempunyai pelbagai jenis berdasarkan patologi penyebab. Umumnya, punca sakit kepala boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Antara penyebab sakit kepala primer adalah:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)- biasanya datang dengan simptom-simptom lain sepertii hidung tersumbatt, berhingus, demam.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti radang selaput otak (“meningitis”), pendarahan dalaman kepala dan ketumbuhan biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.