Sulit
4 tahun
Sakit kepala berdenyut denyut sebelah kanan
Sya wanita berumo 20an…sya mengalami sakit kepala berdenyut denyut di sebelah kanann selepas melihat cahaya telefon Dlm gelap dalam jangka yg panjang (1-2jam).apa Sebabnya ya?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala yang anda adukan adalah gejala yang klasik untuk masalah migrain. Selain daripada cahaya yang cerah, mereka yang mempunyai migrain juga cenderung untuk mengalami sakit kepala apabila terdapat bunyi kuat, bau yang tidak menyenangkan, lapar, tidak cukup tidur, penggunaan kafein dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.