Sulit
6 tahun
Sakit kepala berhari2
Sy berumur 20’an. 3 hari lepas sy ada bnyk urusan diluar,yg membuatkan saya keluar masuk dari aircond dah terdedah kpd cahaya matahari dgn kerap dan menjadi pincu kpd sakit kepala sy. Sy jadi mual, sesak dada, bahagian belakang atas kepala sakit sgt. Jadi sy telah ambil ubt penahan sakit,keesokkan hari masih ada saki baki sakit kepala yg dibelkang atas kepala. Sekali lg ubt thn sakit diambil. Hari ini,hari ke3, kepala sy rasa terlalu tegang dan xselesa. Belakang kepala atas pun rasa semacam, xselesa, dahj rasa tegang sgt seperti tekanan.sy xambil ubt thn sakit. Jadi sy nk tanya penyebab kemungkinan sakit kepala berlarutan. Apa yg perlu sy lakukan? Sakit blakang kepala seperti dicucuk dan perit. Sy kerap sakit belakang tengkuk, tegang leher.Ada kemungkinan ke brain aneursym?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































