
Sulit
3 tahun
Sakit kepala, bermula pagi tadi
Assalamualaikum doktor. Saya wanita, penuntut university. Saya mengalami sakit kepala. Start pagi tadi. Apa sebabnya ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit kepala sejak pagi tadi. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala sakit kepala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
Namun begitu, sakit kepala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.