Sulit
6 tahun
Sakit kepala berpanjangan 2 haru
saya mengalami sakit kepala yang terlampau 2 hari sudah selepas excident 3 hari yang lepas. muntah2 dan pening kepala. adakah saya patut rujuk kepada doktor semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Komplikasi selepas trauma pada otak seperti pendarahan dalam otak, otak membengkak.
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
ANDA PERLU SEGERA KE HOSPITAL BAGI MENGECUALIKAN KOMPLIKASI TRAUMA JIKA KEMALANGAN YANG ANDA HADAPI MELIBATKAN KEPALA.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































