
Sulit
3 tahun
Sakit kepala berterusan … … … … … …
Hai dr. Saya wanita berumur 24 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sering diserang sakit kepala yang berterusan. Ia akan hilang jika saya makan panadol tetapi akan mula menyerang keesokan harinya. Rutin ini berterusan sudah agak lama. Sakit kepala saya pada bahagian tengah kepala berhampiran dengan mata.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham akan kebimbangan anda tentang sakit kepala yang berterusan. Jangan risau, kami akan cuba menjelaskan kepada anda mengenai hal ini.
Secara umum, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kurang tidur atau rehat
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
- Posisi ketika tidur
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.