
habirkanhati
5 tahun
Sakit kepala beterusan ketika haid
Saya berumur 26th.saya kerap sakit kepala yang berterusan ketika haid.kadang2 terasa mual. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa penyebab sakit kepala yang menyerang anda:
- Migrain adalah salah satu simptom biasa yang dihadapi wanita ketika haid
- Sakit kepala ketegangan
- Keletihan
- Kurang rehat
- Pemakanan tertentu seperti kopi boleh menyebabkan sakit kepala
Sakit kepala biasanya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia boleh dirawat. Namun sekiranya ia menggangu kehidupan seharian, berlarutan atau disertai simptom seperti muntah-muntah, pitam dan sawan atau gejala lain yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Terima kasih