
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan alami sakit belakang dada kiri
Sy alami sakit kepala yg kerap. Bahu sy dan belakang dada sy sebelah kiri teramat sakit. Kadangkala nafas terasa pendek. Peluh keterlaluan ketika melakukan kerja rumah. Sering terasa berdebar. Jantung laju tiba2. Tangan menggeletar. Cemas secara tiba-tiba.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap sakit kepala. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab bagi masalah sakit kepala yang kerap, antaranya ialah:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Masalah kesihatan lain, seperti kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, terutamanya sakit kepala bertambah berat atau ditambah gejala lain yang mengganggu anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .