Sulit
2 tahun
Sakit kepala dan cirit birit
Saya disahkan positif covid19 pada 14.2.2022 dan telah diberi tarikh kuarantin 15.2. Hingga 21.2.2022. Saya nak tanya berapa lama covid boleh berada dalam badan ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, jika virus ini menjangkiti seseorang, ia sudah mendapatkan hos untuk virus ini tinggal dan ia boleh hidup selama mana badan kita tidak bertindak melawannya.
Durasi berapa lama virus ini boleh hidup bergantung kepada seseorang, jika anda mendapatkan rawatan, makan ubat akan membunuh virus ini. Jika sebaliknya, virus ini akan kekal hidup dalam badan anda selagi sistem badan tidak melawan virus ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini