Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan hidung kerap berdarah
Saya pelajar perempuan berusia 21 tahun. Sejak 6 bulan lepas saya kerap sakit kepala sangat teruk dan sensitif dengan cahaya serta bunyi. Setiap hari hidung saya berdarah secara tiba². Saya juga selalu mengantuk secara mengejut dan cepat lesu. Tahun lepas saya dimasukkan ke hospital kerana pulse yang terlampau tinggi (168) tetapi dr mengatakan bahawa jantung saya normal. Saya rasa keadaan saya makin teruk kerana kebelakangan ini saya menjadi cepat lupa sehingga ahli keluarga juga menegur saya yang mudah terlupa perkara yang baru je terjadi. Pandangan saya juga sedikit terganggu kerana kadang² seperti ternampak bayang hitam ketika sakit kepala. Saya harap dr dapat memberi sedikit pandangan mengenai situasi saya kerana perkara ini sangat mengganggu kehidupan saya sebagai seorang pelajar.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami gejala sakit kepala yang kerap, sensitif pada cahaya dan bunyi, serta gejala lain.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
- Ketidakseimbangan tekanan dalam kepala
- Penyakit saluran darah dalam kepala
- Darah tinggi
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Neurologi.

































