
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan mata
Saya berusia 22 tahun . Mengalami sakit gastrik selama 3 minggu. dan saya depresi dgn sakit tersebut . sehingga tidur saya terganggu . tidur saya dlm sehari dlm 4 5 jam begitu . dan saya mengalami penglihatan kabur dan selalu pening kepala . adakah itu tanda saya kurang rehat doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, secara amnya, insomnia mempunyai tiga kelas yang mempunyai penyebab yang berbeza:
Insomnia Sementara: Masalah ini selalunya disebabkan oleh perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran atau emosi.
Insomnia Jangka Pendek: Punca masalah sukar tidur yang disebabkan oleh insomnia jenis ini ialah kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan harian seseorang.
Insomnia Kronik: Insomnia kronik boleh berlaku sekiranya insomnia jangka pendek berlarutan dan tidak dirawat. Insomnia jenis ini biasanya berlangsung daripada beberapa bulan hingga beberapa tahun.
Punca seseorang sukar tidur termasuklah:
- Stres dalam kehidupan harian
- Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok) dan minuman arak
Kami menasihatkan anda mengamalkan tidur yang baik;
- Cuba menetapkan waktu tidur dan waktu bangun anda
- Kurangkan tidur pada waktu siang
- Dapatkan nasihat doktor tentang ubat-ubatan yang anda sedang ambil kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan insomnia.
- Kurangkan pengambilan kafein dan minuman arak. Berhenti merokok.
- Tidak bersenam semasa berdekatan dengan masa tidur. Bersenamlah pada waktu siang kerana senaman yang mencukupi boleh membantu kita tidur nyenyak.
- Tempat tidur haruslah digunakan untuk tidur atau hubungan kelamin sahaja. Elakkan bekerja atau menonton televisyen di dalam bilik tidur.
- Elakkan makan malam yang terlalu berat terutamanya semasa berdekatan dengan masa tidur.
- Amalan yang tetap sebelum tidur adalah sangat digalakkan. Antara contoh amalan ini termasuklah memberus gigi dan membasuh muka.
- Pakailah pakaian yang selesa semasa tidur
- Kurangkan cahaya dan bunyi bising di dalam bilik tidur yang boleh menjejaskan kualiti tidur
- Jika susah masuk tidur, bangun dan cubalah membaca di bilik yang lain sehingga mengantuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.