
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan mengandung
saya adalah wanita mengandung 13 minggu. semalam, perut saya memulas lembut sehinggalah ke hari ini.dan badan terasa banyak angin.
pagi tadi,saya berasa pening kepala dan telah hilang
tetapi saya berasa berat dan sakit pada bahagian dahi ke hidung.turut terlibat sakit adalah bahagian antara tengah mata juga. petang ini,saya rasa makin teruk pula sakitnya. kenapa ya?adakah disebabkan angin di dalam badan?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala yang dihadapi ketika kehamilan anda yang berumur 13 minggu. Kemungkinan simptom-simptom yang anda alami tersebut adalah berkait dengan kehamilan anda ataupun tidak. Namun, gejala sakit kepala yang anda perihalkan lebih menandakan sakit kepala sinus yang disebabkan oleh keradangan pada sinus akibat jangkitan kuman.
Walaubagaimanapun, simptom-simptom anda juga boleh dijelaskan oleh beberapa perkara atau faktor yang berkait dengan kehamilan anda iaitu:
- Perasaan badan terasa banyak angin boleh disebabkan oleh aliran hormon dalam badan anda yang dirembeskan pada jumlah yang banyak ketika kehamilan, iaitu seperti Estrogen dan Progesterone.
- Perut yang memulas mungkin adalah merujuk kepada keadaan rahim anda yang mengembang. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh aliran hormon yang tidak seimbang.
- Sakit kepala ketika kehamilan boleh disebabkan oleh aliran hormon yang dirembeskan ketika hamil
- Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh tekanan darah yang menaik akibat kehamilan anda. Ini adalah kerana jumlah isi padu darah yang mengalir ketika kehamilan adalah dua kali ganda berbanding sebelum hamil.
Kehamilan anda mungkin menjadi punca atas simptom-simptom yang anda alami dan khabar baiknya, simptom-simptom ini kerap berlaku ketika waktu-waktu awal kehamilan dan selalunya akan berkurang mengikut umur kandungan yang meningkat. Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini semakin berlarutan dan semakin teruk kerana ia akan boleh menjejaskan kesihatan bayi anda dan kesihatan umum anda sendiri.
Sementara itu, kami boleh cadangkan anda melakukan yang berikut bagi mengurangkan gejala simptom yang anda hadapi iaitu:
- Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan makan makanan mengandungi fiber dan vitamin
- Kurangkan meminum kopi atau jangan merokok sepanjang kehamilan
- Kurangkan stress dan kegelisahan
- Cukupkan waktu tidur dan rehat. Kurang aktiviti yang lasak
- Elakkan makanan yang tidak berkhasiat.
- Lakukan senaman ringan sepanjan kehamilan.
- Betulkan posisi tidur.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.