Anonymous

5 tahun

Sakit Kepala Dan Mudah Letih

Saya wanita dalam 20an. Saya sering sakit kepala dan mudah letih. Semalam saya ingin menderma darah tapi darah saya taklulus sbb doktor cakap darah cair. Adakah ia bahaya? Sakit kepala dan mudah letih termasuk dalam kesan darah cair ke?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.

Darah cair merupakan sebuah keadaan di mana platelets dalam darah berada dalam kadar bawah normal. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘thrombocytopenia’. Platelet ini merupakan sel yang sangat penting untuk menghentikan pendarahan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan darah menjadi cair. Antara punca tersebut ialah:

  1. Kekurangan nutrien dalam darah. Nutrien yang dimaksudkan di sini ialah zat besi, zat folate dan vitamin b12. Kekurangan nutrien ini dalam badan akan menyebabkan berlakunya kurang sel darah merah serta platelet justeru mengakibatkan darah cair.
  2. Jangkitan. Ini merujuk kepada keadaan seperti HIV, rubella, hepatitis C dan mumps yang mampu menyebabkan darah menjadi cair.
  3. Mengandung. Hal ini kerana apabila mengandung zat dalam badan akan dibahagikan kepada bayi dalam kandungan juga. Oleh itu, ibu akan mengalami kekurangan zat yang diperlukan untuk penghasilan platelet.
  4. Penyakit ‘auto-immune’. Ini merupakan keadaan di mana sistem imunisasi kita menyerang sel lain dalam badan. Contohnya seperti SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’.
  5. Kanser. Sesetengan kanser darah juga boleh membawa kepada penyakit darah cair.
  6. Ubat. Terdapat beberapa ubat yang jika tidak dikawal pengambilannya boleh membawa kepada berlakunya penyakit darah cair ini. Contoh ubat ialah seperti ‘heparin’ dan ‘aspirin’.
  7. Minuman beralkohol. Hal ini kerana pengambilan alkohol menjejaskan penyerapan beberapa zat mineral serta vitamin penting sekali gus menyebabkan darah menjadi cair.

Antara rawatan yang boleh diberikan untuk penyakit dara cair ini ialah seperti:

  1. Tukar ubat. ika anda mendapati masalah darah cair ini disebabkan oleh ubat cair darah yang diambil, kemungkinan anda harus menukar jenis ubat atau mengurangkan dos ubat tersebut.
  2. Elakkan minuman beralkohol. Ini bagi memudahkan penyerapan zat mineral serta vitamin penting untuk platelet berfungsi.
  3. Pindah masuk platelets. Bagi kes yang serius, transfusi dilakukan bagi mengatasi penyakit darah cair dan membantu darah menjadi pekat semula dalam tempoh masa yang pendek.
  4. Steroids. Ini diberikan dalam keadaan di mana sistem imunisasi sendiri memusnahkan platelets dalam tubuh badan. Bagi menghentikan proses ini, steroids boleh diberikan.

Antara langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan simptom sakit kepala adalah:

  • Kawalan stress dan emosi
  • Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
  • Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk pemeriksaan mata
  • Banyakkan minum air putih
  • Rehat dan tidur secukupnya

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)