
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan panas badan
hi, selamat sejahtera saya mengalami sakit kepala bahagian kanan depan bila saya sentuh ia berdenyut denyut dan saya juga sekarang alami panas badan adakah saya demam biasa atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk pengetahuan anda, suhu demam ialah 37.5 C keatas. Gejala sakit kepala dan demam boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman atau virus
- Radang tonsil
- Demam denggi
- Migrain
- Trauma pada otot
- Terlalu letih
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.