
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan penglihatan jadi kurang jelas serta lemah seluruh badan
Saya perempuan dan umur saya 21 tahun… Sejak kebelakangan ni kepala saya selalu sngt sakit… Saya ingat ini cuma sakit biasa je… Tpi sekarang kepala saya kerap sakit… Sehingga membuatkan penglihatan saya kadang2 jdi kurang jelas… Ibu saya kata mungkin ini sbb rabun saya sudah naik tpi saya bru sahaja buat pemeriksaan rabun saya dan ianya masih lagi sama… Tak ada yg naik pun… Sakit kepala saya ni sehingga mengganggu waktu tidur saya… Saya fikir bila saya tidur, sakit kepala ni akan hilang tapi bila saya bangun tidur, kepala saya jadi lagi sakit dan buatkan saya rasa mual…ianya juga mengganggu saya ketika waktu kerja dan buatkan saya jdi lemah seluruh badan… Skrng saya juga jadi mudah lupa… Dan sehingga skrng saya masih lagi sakit kepala… bolehkah saya tahu apa punca sakit kepala yg saya alami ni? Adakah ianya serius atau sekadar perlukan rehat yg cukup sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham akan kebimbangan anda tentang sakit kepala yang anda alami dan ingin mengetahui penyebabnya. Jangan risau, kami akan cuba menjelaskan kepada anda mengenai hal ini.
Secara umum, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kurang tidur atau rehat
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.