
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala Dan pening
Sy wanita berusia 24 thn… Dn belum berkhawin… Sy kerap mengalami sakit kepala dn pening secara tiba tiba… Dlm seminggu hampir 3,4 kali sy jdi mcm ni… Dn setiap thn sy mesti akn mengalami pening yg teruk… Sehingga tidak blh bgn… Dn mengambil masa 2 hri untuk sembuh… Itu pun tidak sepenuhny… Pertanyaan sy… Adakah sy seorg hypotension… Sy sering cek BP sy… Kdg2 100/60… Kdg2 90/60… Dn pd usia sy… Apakah bacaan normal bp sy…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Tekanan darah yang normal untuk umur anda adalah 110 - 139 untuk tekanan darah sistolik dan 70 - 89 untuk tekanan darah diastolik. Tetapi untuk sesorang itu dikatakan menderita hipotensi, tekanan darah adalah <90 untuk sistolik dan <60 untuk diastolik.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!