Sulit
6 tahun
Sakit kepala dan pitam
Saya berusia 23 tahun . Saya sering mengalami sakit kepala , kadang2 sampai muntah . Saya sering berasa hendak pitam . saya juga pernah pitam sehingga jatuh dah cedera di dahi . muka dan jari selalu pucat . apakah nasihat doktor tentang penyakit saya ? saya pernah ke klinik dah doktor cakap migrain biasa . terima kasih .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan faktor seperti migrain, namun dengan maklumat tambahan yang diberikan, faktor lain juga boleh menyebabkan sakit kepala anda seperti:
- Dehidrasi - akibat kurang minum air, kuat berpeluh, muntah atau cirit-birit
- Anemia - kurang sel darah merah untuk membekalkan oksigen
- Masalah kurang oksigen - seperti masalah berkaitan paru-paru atau jantung
- Sawan - dalam sesetengah kes sawan juga akan didatangi dengan sakit kepala
- Tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































