
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan rambut terlalu banyak gugur
Haii… Saya maizatul anissa 16 tahun… Saya mengalami sakit kepalaa yg dh agak lma lbih setahun saya asyik sakit kepala…mkin lmaa rmbut sye smakin bnyak gugur… Terlaluu banyakk…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang berpanjangan ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia (kurang sel darah merah) - akibat kurang vitamin B12 atau folat dan zat besi yang juga boleh menyebabkan keguguran rambut
- Dehidrasi
- Masalah kalenjar pituitari - iaitu sejenis organ kecil diantara dua mata yang juga mengawal hormon badan
- Migrain - pencetus seperti coklat, keju dan kafein
- Perubahan hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti jenis sakit kepala dan gejala lain serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.