
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala dan slalu rsa hndk pitam
sya lelaki yg brusia dlm 18 thn sering sakit kepala dan sering rsa hndk pitam sejak ii akhir ini sya brasa loyer ii dan sering kelihatan kembang dan hndk ptm apabila sya trjaga dri tdr msty sya memegang katil kerana rsa hndk ptm dan mata mnjdi kabur

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit kepala.Antaranya ialah:
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC).
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.