
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan sukar bernafas. masih sakit walaupun sudah 1 minggu. Sangat ganggi waktu tidur
Saya wanita berusia 27 tahun dan mengalami PCOS. Saya kerap sakit kepala. Sejak kebelakangan ini sakit kepala saya makin teruk sehingga pandangan saya tiba-tiba menjadi kabur dan nafas saya jadi berat. masa yang sama jantung saya rasa berdegup kuat sangat. ada masa yang saya terus lemah dan tak mampu berdiri pun bila keadaan tu jadi tiba-tiba. Sekarang, sakit kepala saya tetap tak hilang walau dah seminggu. saya juga kerap berpeluh walaupun dalam bilik yang ada penghawa dingin. sehinggakan waktu tidur saya tak menentu sebab saya tak boleh tidur malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap sakit kepala. Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda amat disarankan untuk pergi ke klinik atau hospital yang terdekat dengan segera sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .